Thursday, November 22, 2012

Untuk Beliau

Beliau-beliau
Kupandang-pandang
Sepintas-pintas
Secermat-cermat
Sehati-hati

Daripada tanda-tanda

Fikir serta hendak yang murni
Menghantarkan bina beliau-beliaunya
Ke puncak ke atas
Tiada remuk tiada hancur


Adakah para beliau yang sedang bersanding di meja kecil di sisiku ini akan tersulap menjadi pemimpin besar yang duduk di meja-meja agung PBB?
Tuhanlah yang tahu
Adakah para beliau yang sedang bersua di pohon layu ini akan tersulap menjadi seorang pandai ilmu yang menciptakan teori pohon bunga subur?
Tuhanlah yang tahu


Beliau-beliaulah yang berikhtiar sahaja dengan pandu tanganNya yang suci

- Mas Daffa M.P.-

No comments:

Post a Comment